Jadual Keempat (Subperenggan 6(1)(m)(ii))
Akta Industri Pelancongan 1992
Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan
(Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992
Terma dan Syarat Seragam bagi Pakej Pelancongan ke Luar Negeri
1 Deposit Pelancongan
Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penambahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.
2 Caj Pindaan
2.1 Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)
2.1.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.
2.1.2. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.
2.1.3. Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej pelancongan FIT).
2.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
2.2.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.
2.2.2. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.
2.2.3. Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.
3 Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan
3.1 Bagi Pakej Pelancongan FIT
3.1.1. Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.
3.1.2. Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut akan terpakai:
| Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan (Per Orang) |
|---|---|
| 15 - 29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan | 50% daripada deposit |
| 8 - 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 20% daripada tambang pelancongan |
| 3 - 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 40% daripada tambang pelancongan |
| 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.1.2.
Catatan: Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, dikeluarkan semula, diberi bayaran balik atau dipindahkan laluannya. Sebarang pindaan laluan atau pertukaran tarikh perjalanan oleh penumpang adalah atas risiko sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas kerumitan atau perbelanjaan yang timbul. Sebarang bayaran balik oleh syarikat penerbangan kepada anggota pelancongan adalah selepas ditolak caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan.
3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
3.2.1. Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
3.2.2. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:
| Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan (Per Orang) |
|---|---|
| 22 - 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan | Pelucuthakan deposit pelancongan * |
| 15 - 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
| 8 - 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
| 3 - 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
| 2 hari bekerja atau kurang dari tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
* Pelucuthakan bermaksud kehilangan hak deposit.
3.2.3. Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2.
4 Pembatalan Oleh Syarikat
4.1 Pakej Pelancongan FIT
4.1.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang perlu dibayar.
4.2 Pakej Pelancongan Berkumpulan
4.2.1. Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.2.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang perlu dibayar.
4.2.3. Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut:
| Pembatalan Diterima | Bayaran Balik & Pampasan (Per Orang) |
|---|---|
| 8 - 14 hari bekerja sebelum berlepas | Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM50 seorang |
| 1 - 7 hari bekerja sebelum berlepas | Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM75 seorang |
| Pada hari berlepas | Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM100 seorang |
5 Dokumen Perjalanan
5.1 Tanggungjawab Anggota Pelancongan: Anggota pelancongan mestilah mempunyai pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan lain yang diiktiraf, yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan ke negara asal, serta visa, perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.
5.2 Tanggungjawab Syarikat: Syarikat mengaku janji untuk menasihati anggota tentang dokumen yang diperlukan dan, jika boleh, membantu permohonan visa yang sesuai. Bagaimanapun, kelulusan visa tidak dijamin.
5.3 Fi dan Caj Yang Relevan: Caj perkhidmatan dan fi visa ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.
5.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan: Jika atas apa-apa sebab permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.
5.5 Penolakan Kemasukan: Syarikat tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika anggota tidak dibenarkan masuk atau dideportasi oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang menyalahi undang-undang, memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab lain yang berkaitan dengan kelakuan atau aktivitinya.
6 Maklumat Lawatan dan Harga
(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran disebabkan kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Syarikat berhak menaikkan harga dengan memaklumkan pelanggan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
(2) Syarikat berwaad bahawa perkara berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:
- Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
- Penginapan hotel berdasarkan perkongsian dua orang sebilik; tambahan seorang bagi orang yang menginap bersendirian dengan bayaran tambahan seorang; atau perkongsian tiga orang bagi tiga orang yang melancong bersama, jika berkenaan.
- Tambang pelancongan kanak-kanak seperti yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.
- Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
- Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.
(3) Perkara yang tidak termasuk ialah dobi, makanan dan minuman di luar menu lazim, rombongan pilihan, upah mengikut barang di lapangan terbang dan hotel, serta perbelanjaan persendirian.
7 Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
8 Bagasi
Syarikat penerbangan memperuntukkan elaun bagasi percuma yang kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat tersebut dan penumpang dikehendaki membeli perlindungan insurans yang mencukupi.
9 Kemungkinan Pertukaran
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.
10 Hak Untuk Menolak Penempahan
Syarikat berhak membatalkan atau menarik balik jadual perjalanan atau tempahan yang telah dibuat, atau enggan menerima atau mengekalkan seseorang sebagai anggota pelancongan jika didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan membenarkan peserta menyertai pelancongan. Dalam keadaan sedemikian, tanggungjawab syarikat adalah semata-mata untuk memulangkan wang yang telah dibayar selepas ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan, fi perkhidmatan dan fi pembatalan.
11 Tanggungjawab Syarikat
Syarikat dan ejen bersekutunya bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Pesuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang dijanjikan.
12 Insurans Perjalanan
Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.
Anda dinasihatkan supaya membaca dengan teliti terma-terma dan syarat-syarat tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah atau percutian Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd.
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tambahan kepada peruntukan dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Ia tidak mengurangkan kuat kuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan, jika terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai.
Terma Operasi Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd.
AKetepatan Butiran atau Maklumat Peribadi Semasa Penempahan Pakej
Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda berikan kepada Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd. akan digunakan oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikehendaki menyemak sendiri semua butiran atau maklumat peribadi sebelum membuat pembayaran deposit. Jika tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberi dianggap benar dan muktamad.
Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang anda berikan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan sebelum membuat pembayaran deposit.
Syarikat berhak menolak tempahan jika tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan diri sendiri, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain dalam kumpulan pelancongan. Jika anda memerlukan bantuan disebabkan tahap kesihatan, anda diwajibkan membawa ahli keluarga untuk membantu sepanjang perjalanan serta membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan.
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan jika anda sakit. Jika keadaan memerlukan penjagaan secara peribadi, syarikat berhak mengenakan bayaran tambahan bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.
BPengesahan Maklumat serta Butiran Pakej yang Betul
Anda dikehendaki menyemak maklumat pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit, termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, tarikh dan waktu penerbangan pergi balik, pakej yang dipilih, hotel penginapan, jenis bilik serta maklumat lain seperti yang tertera pada resit pembayaran atau surat pengesahan.
Anda dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan jika gagal melaporkan kesilapan atau peninggalan dalam butiran pakej dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.
CPembayaran Pakej
Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd. menerima pembayaran melalui draf bank, pindahan dalam talian dan cek persendirian. Syarikat berhak menahan penempahan pakej sehingga pembayaran deposit melalui draf bank, pindahan dalam talian atau cek persendirian dijelaskan.
Syarikat tidak bertanggungjawab jika pakej yang ditempah habis dijual akibat kelewatan penjelasan draf bank, pindahan dalam talian atau cek persendirian. Bagi pembayaran pakej yang kurang daripada 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, syarikat berhak menolak pembayaran melalui cek persendirian. Jika pembayaran melalui draf bank atau pindahan dalam talian tidak dibuat, pakej boleh terbatal secara automatik dan bayaran yang telah dibuat boleh dilucutkan mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
DTiket Penerbangan
Pakej anda termasuk tiket penerbangan dari KLIA atau KLIA2 ke destinasi yang dituju sahaja dan tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA atau KLIA2. Walaupun surat pengesahan jadual penerbangan telah dicetak, jadual itu masih tertakluk kepada pindaan.
Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang ganti rugi, termasuk perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau kesusahan lain akibat pindaan jadual. Syarikat juga tidak bertanggungjawab terhadap tuntutan ganti rugi akibat pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan tempat duduk, kehilangan atau kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.
EPenginapan Hotel
1. Klasifikasi Penginapan
Taraf bintang hotel yang dinyatakan dalam iklan, brosur atau surat-menyurat Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd. ialah penarafan yang diberikan oleh pihak hotel sebagai rujukan sahaja. Penarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza antara negara. Syarikat tidak memberi jaminan tentang kesesuaian hotel mengikut penarafan yang diiklankan dan pakej tidak boleh dibatalkan atas alasan kekhilafan penarafan hotel.
2. Perubahan Hotel
Syarikat berhak mengubah hotel penginapan daripada hotel yang dinyatakan dalam brosur atau surat pengesahan atas sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik, dengan notis awal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh masuk ke hotel tersebut. Syarikat akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel ganti yang setaraf atau lebih baik, tetapi tidak memberi jaminan dan tidak menanggung liabiliti bagi masalah akibat penggantian tersebut.
3. Polisi Hotel
Polisi waktu masuk (check-in) dan keluar (check-out) berbeza mengikut hotel. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti atas kesusahan yang dialami akibat kuat kuasa polisi hotel berkenaan.
4. Jenis dan Klasifikasi Bilik
Jenis dan klasifikasi bilik, termasuk ameniti atau kemudahan yang disediakan, berbeza mengikut hotel dan destinasi. Syarikat tidak menjamin bilik penginapan sama seperti yang digambarkan dalam iklan atau brosur serta tidak menanggung liabiliti akibat perbezaan jenis, klasifikasi atau kekurangan ameniti bilik.
FAturcara Pakej dan Perlindungan Perjalanan
Tiada Jaminan Kesesuaian Aturcara
Walaupun syarikat berusaha memberikan perkhidmatan terbaik, syarikat tidak menjamin semua aturcara bebas risiko atau sesuai untuk semua peringkat umur dan individu yang mempunyai rekod kesihatan kurang baik. Syarikat tidak menanggung liabiliti atas masalah, kesakitan, kecelakaan atau kematian yang timbul daripada mana-mana bahagian aturcara yang diikuti, sama ada dinyatakan dalam surat pengesahan, iklan, brosur atau merupakan aturcara pilihan anda sendiri.
Kemungkinan Perubahan Aturcara
Tertakluk kepada Peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, jika berlaku perubahan aturcara dan syarikat terpaksa menyediakan aturcara alternatif, syarikat tidak bertanggungjawab memastikan aturcara alternatif itu menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal.
Perlindungan Insurans Perjalanan Tambahan
Syarikat hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan dalam brosur. Sepertimana Peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, anda sangat disarankan mengambil insurans perjalanan tambahan mengikut keperluan sendiri. Jika memilih untuk tidak mengambil insurans tambahan, anda dianggap mengetahui dan bersetuju menerima liabiliti serta risiko penalti pembatalan, ganti rugi dan perbelanjaan kecemasan perubatan yang mungkin timbul.
Syarikat sebagai Pihak Ketiga atau Berkecuali
Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd. ialah perantara antara anda dengan syarikat penerbangan, hotel, syarikat pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan darat. Syarikat bukan pemilik atau pengendali pihak-pihak tersebut dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan atau kecederaan akibat pecah kontrak, peninggalan atau kecuaian oleh pihak berkenaan.
Syarat-Syarat dan Terma-Terma Tambahan
Alif Raudhah Travel & Services Sdn. Bhd.
Pakej Umrah dan Pelancongan
1Deposit dan Dokumen
1.1 Borang pendaftaran yang lengkap beserta resit pembayaran deposit setiap orang hendaklah dihantar kepada syarikat atau melalui e-mel alifraudhahtravel@gmail.com selewat-lewatnya empat bulan sebelum tarikh berlepas bagi mengesahkan tempahan.
1.2 Dokumen yang diperlukan bagi permohonan visa dan bayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya dua bulan sebelum tarikh berlepas. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran dan bayaran yang telah dibuat tidak dipulangkan, atau kenaikan harga pakej individu.
2Pembayaran
2.1 Semua pembayaran hendaklah dibuat terus kepada akaun syarikat seperti tertera dalam borang pendaftaran pakej. Lampiran slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap transaksi yang tidak dibuat terus kepada akaun syarikat.
2.2 Syarikat berhak menuntut bayaran tambahan bagi tambang pelancongan melebihi 25% yang dinyatakan dalam Perkara 1 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 berdasarkan polisi syarikat penerbangan berkaitan pakej yang ditempah pelanggan.
3Penginapan Hotel
3.1 Taraf bintang hotel dalam iklan, brosur atau surat syarikat adalah berdasarkan maklumat pihak hotel. Syarikat tidak memberi jaminan kesesuaian hotel mengikut penarafan yang diiklankan.
3.2 Syarikat berhak mengubah hotel yang dinyatakan dalam surat pengesahan atas sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik. Syarikat akan berusaha mendapatkan hotel ganti yang setaraf.
3.3 Polisi waktu masuk (check-in) dan keluar (check-out) hotel adalah berbeza mengikut polisi hotel tersebut.
3.4 Jenis dan klasifikasi bilik, termasuk kemudahan yang disediakan, berbeza mengikut hotel dan negara destinasi.
3.5 Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah yang timbul akibat penggantian hotel, polisi hotel atau jenis dan klasifikasi bilik.
4Pembatalan dan Caj Pembatalan
4.1 Permohonan pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis melalui borang khas yang disediakan syarikat. Kadar pembatalan tertakluk kepada Perkara 3.2.1 dan 3.2.2 bagi pakej berkumpulan serta Perkara 3.1.1 dan 3.1.2 bagi pakej FIT dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
Pakej Berkumpulan
Jika pembatalan dibuat 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum RM30 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) bagi setiap orang akan dikenakan.
| Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan |
|---|---|
| 22–44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Pelucuthakan deposit pelancongan |
| 15–21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
| 8–14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
| 3–7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
| 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
Pakej Pengembara Perseorangan (FIT)
Jika pembatalan dibuat 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum RM50 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut mana yang lebih rendah) bagi setiap orang akan dikenakan.
| Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan |
|---|---|
| 15–29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada deposit pelancongan |
| 8–14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 20% daripada tambang pelancongan |
| 3–7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 40% daripada tambang pelancongan |
| 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
4.2 Pengembalian wang selepas ditolak caj pembatalan juga tertakluk kepada bayaran visa penuh jika urusan visa telah dibuat, bayaran penuh tambang pelancongan jika tiket penerbangan telah dicetak, dan bayaran RM250 jika beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan asal.
4.3 Caj RM250 atau 3% akan ditolak daripada deposit RM1,500 bagi setiap pembatalan tempahan pakej berkumpulan dan bayaran penuh jika pihak Alif Raudhah telah membuat bayaran penuh pakej. Tiada pemulangan deposit RM2,500 bagi FIT.
Perkara 7 Jadual Keempat turut terpakai: tiada bayaran balik atau pengurangan harga bagi tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan atas sebab peribadi.
5Insurans
5.1 Syarikat tidak bertanggungjawab atas perubahan jadual penerbangan atau masalah teknikal oleh syarikat penerbangan yang menyebabkan kelewatan penerbangan umrah dan pelancongan serta perubahan tempoh perjalanan.
5.2 Bagi pakej umrah, syarikat menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang memberi manfaat sekiranya berlaku kematian, kemalangan, hilang upaya kekal dan khairat kematian. Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan persendirian tambahan.
5.3 Insurans perjalanan persendirian tambahan disarankan bagi perlindungan perubatan, kecurian atau kehilangan wang dan dokumen, barangan peribadi serta bagasi, kelewatan dan/atau kegagalan menyambung penerbangan.
5.4 Bagi pakej pelancongan, semua anggota pelancongan dinasihatkan membeli insurans perjalanan persendirian untuk perlindungan kematian, kemalangan, hilang upaya kekal, perubatan, kecurian atau kehilangan wang dan dokumen, barangan peribadi serta bagasi, kelewatan dan/atau kegagalan menyambung penerbangan.
6Pertukaran Nama Peserta Pelancongan atau Penundaan Pakej
6.1 Permohonan hendaklah dibuat secara rasmi melalui borang khas yang disediakan syarikat dan perlu menerima pengesahan penerimaan serta kelulusan bertulis daripada syarikat.
6.2 Permohonan menukar nama peserta hendaklah dibuat dalam tempoh 61 hari sebelum penerbangan dan peserta hendaklah memastikan nama peserta baharu mematuhi syarat visa.
6.3 Penundaan pakej hanya dibenarkan sekali. Bagi penundaan pakej umrah, penundaan hendaklah dalam tahun Hijrah yang sama. Bagi pakej pelancongan selain umrah, tempoh penundaan tidak melebihi 8 bulan.
| Penundaan Diterima | Caj Dikenakan |
|---|---|
| 91 hari sebelum tarikh berlepas | RM200 seorang |
| 61–90 hari sebelum tarikh berlepas | RM400 seorang |
| Dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh berlepas | Penundaan tidak dibenarkan |
7Promosi dan Maklumat Pakej
7.1 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap maklumat atau promosi yang tidak tepat yang dibuat oleh wakil sah yang dilantik syarikat.
7.2 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap maklumat atau promosi yang dibuat oleh individu yang bukan wakil sah dilantik syarikat dan/atau representasi palsu oleh mana-mana pihak berkaitan syarikat, termasuk maklumat pakej atau promosi di media cetak atau media sosial.
8Pindaan dan Tambahan Terma dan Syarat
8.1 Syarikat berhak pada bila-bila masa meminda dan/atau menambah apa-apa syarat dan terma yang difikirkan patut.